Jumaat, 10 Mei 2013

KITAB KASYAFUR ASRAR MUKASURAT 3



3

Dan seperti demikian itulah segala rasul dengan sekira-kira yang mengesahkan akan imannya dan adapun had ilmu feqah yang fardhu ain menuntut dia iaitu dengan sekira-kira yang mengesahkan akan amalnya seperti mengetahui akan segala syaratnya dan segala rukunya dan segala yang membatalkan dia dan adapun had ilmu tasawur fardhu ain menuntut dia dengan sekira-kira mengetahui akan yang membatalkan akan pahala amal ibadatnya seperti riak, suma’ah, ujub, takabur dan sebagainya yang di cela oleh syarak. Soalan dan apa kata kamu pada orang yang beramal dengan tiada mengetahui ilmu yang tiga perkara itu? Jawab sabda   سلم وعليهاللهصلي نبي   tiada sekali-kali diterima segala amal ibadatnya dan jikalau mengerjakan haji sekalipun dan lagi haram menuntut ilmu fardhu kifayyah sebelum mengetahui ilmu fardhu ain misalnya seperti seorang berhutang qadho sembahyang luputnya dengan tiada uzur haramlah berbuat sunnat sebelum habis qadho sembahyang yang luput dengan tiada uzur dan lagi hukumnya orang meninggalkan fardhu itu pasik  (atau kufur) hukumnya kerana meninggalkan menuntut ilmu yang fardhu ain tiada sah jadi wali nikah dan jadi saksi nikah kerana pasiknya(rosak). Soal dan mana asal amal (buat) dan mana asal makrifat jawab bermula asal amal dan asal makrifat itu ilmu dengan sebab itulah wajib menuntut ilmu soal dan mana asal ilmu itu jawab bermula asal ilmu itu quran bermula ilmu yang tiada muafakat dengan quran dan hadis ilmu itu mardud (tertolak) tiada boleh diperpegangni soal dan mana awal-awal agama dan mana yang dinamakan agama jawab dan adapun awal-awal  agama itu sabda   اللهفة معرين الدلاوسلم وعليهاللهصلي نبي  bermula awal-awal agama itu mengenal allah taala soal dan mana asal mengenal allah taala jawab adapun asal mengenal allah taala  itu iaitu mengenal diri(diri yang terperi diri yang terdiri) dan adapun yang dinamai agama itu iaitu iman, islam, tauhid, makrifat soal dan apa erti iman dan apa erti islam dan apa erti tauhid dan apa erti makrifat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda boleh komen atau memberi pendapat atau idea tentang blog ini.apa2 cadangan dari anda kami hargai