Jumaat, 31 Mei 2013

pucuk pisang muda


belalang didedaunan


JIHAD FARDHU KEATAS KITA





AL -JIHAD FARDHU AIN YANG TAK TERMANSUH SEHINGGA KE HARI KIAMAT
Sesungguhnya segala puji itu milik allah. Kami memujinya, memohon pertolongan kepadanya, dan berlindung kepada allah dari kejahatan diri kami dan keburukan amal-amal kami. Barangsiapa diberi petunjuk allah, maka tidak ada dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa disesatkan allah maka tidak ada yang dapat menunjukinya.

يا ا يها الذ ين ا منوا اتقوا اللة حق تقا ته و لا تمو تن الا وانتم مسلمون
(102  ali imran)  
Hai orang2 yang beriman, bertakwalah kamu sekalian kepada allah dengan sebenar2 takwa kepadanya dan jangan sekali-kali kalian mati melainkan dalam keadaan berdien islam

Peringatan kepada saya dan diri sahabat-sahabat sekelian, perkara yang dilupakan oleh kebanyakkan umat islam sekarang. Iaitu jihad fi sabilillah untuk menegakkan kalimah tauhid serta kekhalifahan. Kebanyakkan kita sibuk dengan keduniaan seperti pepatah orang dunia kalau tidak kerja nak makan apa? Satu ayat yang biasa kita lapapkan kepada orang, adakah dengan kerja menjamin rezeki kita? Dimanakah keyakinan kita kepada ALLAH TAALA?

APAKAH ERTI MAKNA JIHAD YANG KITA FAHAM???





                                        







GANDINGAN ORANG LAMA DENGAN ORANG BARU,
MOGA2 PERKARA YANG KITA LAKUKAN DIBERKATI OLEH ALLAH TAALA,
SAMA2LAH KITA MENYOKONG PERJUANGAN ISLAM TANPA MENGIRA BATASAN....

MAJLIS PERASMIAN PONDOK DI PEGHOYANG KARAI KUALA KANGSAR PERAK.

Sabtu, 25 Mei 2013

PRU 13 GELAP TERANG MENANG



Satu dua tiga empat
Silap mata penuh kagum
Dewan gelap undi loncat
Jika kurang sindir kaum

Mudah kira mudah kenang
Lima enam tujuh lapan
Jika sungguh ingin menang
Jangan patuh cara sopan

Lima dekad makin tahu
Matematik cara baru
Amal frauda paling jitu
Ya ibu segala tipu

Empat tiga dua Satu
undi lebih bagi kat engkau
lapan tujuh enam lima
undi kurang tsunami cina

bila lampu padam
bermula magik hitam
kotak undi dendam
muncul dalam diam

bila angka kena perkosa
biak undi cambah kira
lampu terang kira semula
angka haram loncat berganda

lima dekad asyik menipu
matematik gagal selalu
perogol  berangka  @ bersiri muka tak malu
menipu rakyat tanpa silu

 SAJAK A.SAMAD SAID

Isnin, 20 Mei 2013

ALAM KEKUASAAN ALLAH TAALA








nikmat mata, dengan melihat kecantikan dan keindahan alam semesta mengingati kita kepada pencipta yang maha agong serta mentahkiq keimanan kepada allah taala. seperti nabi ibrahim melihat langit yang terbentang luas yang ada penciptanya. tidak mungkin sesautu perkara terjadi dengan sendiri atau secara kebetulan seperti pegangan sesetengah pihak (darwin) kerna makhluk ada penciptanya seperti setiap peralatan ada yang menbuat dan pengeluarnya...
 jadikan alam ini tanda kekerdilan kita, tanda kelemahan kita, tanda kekurangan kita yang tiada apa2 kecuali ALLAH TAALA DAN RASUL.

Pesan Imam al-Ghazali

Pesan Imam al-Ghazali :

Yang dekat itu MATI,  
yang jauh itu MASA
yang besar itu NAFSU
yang berat itu AMANAH,
 yang ringan itu SOLAT,
 yang tajam itu LIDAH,

Oleh itu renungilah sebagai peringatan kepada kita semua, muhasabah diri setiap masa, kerna kita sentiasa melakukan kesilapan.....

Selasa, 14 Mei 2013

ARMY TANAH MELAYU


MY HOME TOWN

4 JUNCTION

matahari terbenam


REHAT SEBENTAR



melihat keindahan ALLAH yg maha esa, lokasi pelabuhan nayv lumut perak...

SELAMAT HARI IBU



Ibu..
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. bu

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renung2kan sekalian sehabat ku!!!
 Adakah kita masih ada ibu?
Kalau tiada! apa yg kita sumbangkan kepada nya???
Jikalau ada! Apa yg patut kita lakukan sekarang???

ibuuuuuu……………

Jumaat, 10 Mei 2013

KITAB KASYAFUR ASRAR MUKASURAT 3



3

Dan seperti demikian itulah segala rasul dengan sekira-kira yang mengesahkan akan imannya dan adapun had ilmu feqah yang fardhu ain menuntut dia iaitu dengan sekira-kira yang mengesahkan akan amalnya seperti mengetahui akan segala syaratnya dan segala rukunya dan segala yang membatalkan dia dan adapun had ilmu tasawur fardhu ain menuntut dia dengan sekira-kira mengetahui akan yang membatalkan akan pahala amal ibadatnya seperti riak, suma’ah, ujub, takabur dan sebagainya yang di cela oleh syarak. Soalan dan apa kata kamu pada orang yang beramal dengan tiada mengetahui ilmu yang tiga perkara itu? Jawab sabda   سلم وعليهاللهصلي نبي   tiada sekali-kali diterima segala amal ibadatnya dan jikalau mengerjakan haji sekalipun dan lagi haram menuntut ilmu fardhu kifayyah sebelum mengetahui ilmu fardhu ain misalnya seperti seorang berhutang qadho sembahyang luputnya dengan tiada uzur haramlah berbuat sunnat sebelum habis qadho sembahyang yang luput dengan tiada uzur dan lagi hukumnya orang meninggalkan fardhu itu pasik  (atau kufur) hukumnya kerana meninggalkan menuntut ilmu yang fardhu ain tiada sah jadi wali nikah dan jadi saksi nikah kerana pasiknya(rosak). Soal dan mana asal amal (buat) dan mana asal makrifat jawab bermula asal amal dan asal makrifat itu ilmu dengan sebab itulah wajib menuntut ilmu soal dan mana asal ilmu itu jawab bermula asal ilmu itu quran bermula ilmu yang tiada muafakat dengan quran dan hadis ilmu itu mardud (tertolak) tiada boleh diperpegangni soal dan mana awal-awal agama dan mana yang dinamakan agama jawab dan adapun awal-awal  agama itu sabda   اللهفة معرين الدلاوسلم وعليهاللهصلي نبي  bermula awal-awal agama itu mengenal allah taala soal dan mana asal mengenal allah taala jawab adapun asal mengenal allah taala  itu iaitu mengenal diri(diri yang terperi diri yang terdiri) dan adapun yang dinamai agama itu iaitu iman, islam, tauhid, makrifat soal dan apa erti iman dan apa erti islam dan apa erti tauhid dan apa erti makrifat.

Khamis, 9 Mei 2013

KITAB KASYAFUR ASRAR

Inshallah dalam masa yg terdekat ini saya akan terjemahkan muka surat yg ke3 dari kitab kasyafur asrar,
kitab asal dalam bahasa jawi. terdapat juga terjemahan dalam bahasa rumi di pasaran tetapi ada perbezaan dari segi gaya bahasa yg disampaikan. saya belajar kitab ini dari seorang guru dari ipoh perak.

TOK KENALI INSAN YG DISAYANGI



   





                                        Tok Kenali



Tokoh Ulama Kelantan paling masyhur , malah termasuk antara ulama besar Semenanjung Melayu. Sezaman dengan Tuan Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah ) Haji Abdul Fahim (Mufti Pulau Pinang) , Haji Abu Bakar Alim (Muar) , Haji Mat Shafie Losong (Terengganu) dll. Guru Pondok yang sangat dihormati bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai.
Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali , Kubang Kerian , Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd Yusoff Ahmad.

Menuntut di Makkah selama 22 tahun (1305H - 1327H). Sangat alim dalam ilmu Tatabahasa Arab (nahu/soraf) malahan beliaulah yang merintis kemasukkan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajin pondok (sebelum itu, tertumpu pada usuluddin, fiqh dan tasawuf sahaja).

Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tok Wan Ali Kutan, namun beliau berjaya melahirkan satu angkatan ulama pelapis yang paling berwibawa  bukan sahaja di negeri Kelantan tetapi juga di luar negeri Kelantan. Antara murid murid termasuklah Hj, Mat Jebeng, Hj. Che Mat Padang Mengkali, Lebai Deraman Pasir Mas, Hj. Seman Sering (Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani), Hj.Yaakub Lorong Gajah Mati, Haji Abdul Kadir Melor , Haji Abdul Tahir Bunut Payong, Hj. Yusof Padang Bemban, Haji Ismail Perol, Dato' Haji Ismail Yusoff, Hji Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Hasbullah Bot dan Haji Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Zainal Abidin Dungun, Dato' Haji Hassan Yunus al-Azhari (Menteri Besar Johor) , Dato' Haji Abdul Rahim Yunus Bongek Rembau , Syeikh Mohd Idris al-Marbawi al-Azhari Kuala Kangsar, Haji Osman Bukit Besar , Haji Abdullah Abbas Nasution Jitra, Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri, Haji Hassan Lampung, Haji Yaakub Legor dan Tok Lata (Pattani).
Di samping itu dua orang putera Tok Kenali sendiri - Tuan Guru Hj. Ahmad dan Syeikh Mohd Salleh Kenali (menetap di Makkah) - juga tergolong ulama dan pendakwah yang berjaya besar.

Nyatalah rumusan…yang menyebut Kelantan sebagai "Serambi Mekah" itu sangat terkait dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kenali.
Tok Kenali kembali ke rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi Ahad 2 Syaaban 1352 bertepatan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian .

 jika para sahabat berminat dgn lebih mendalam lagi kisah tok kenali, bolehlah mendapat bukunya dipasaran jika menpunyai kesempatan boleh berkunjung ke negeri kelahiranya.
saya pernah pergi ke kubang kerian melawat masjid dan galerinya.

MENCINTAI ORANG ALIM, ULAMAK ADALAH SUATU KEBAIKAN, MEMANDANG WAJAH MEREKA MENDATANGKAN KETENAGGAN INSHALLAH....