setiap perkara ada hakikat, setiap benda ada pasangan dan berlawanan. begitu juga apa yg ada di dunia ini. hakikat adalah sesautu yang pasti atau yang telah ditetap oleh pencipta kepada mahkluknya. mungkin kita menerima atau sebaliknya kerna penerimaan bergantung kepada pemahaman tentang perkara hakikat itu sendiri...
Isnin, 24 Jun 2013
JAHILIYAH
Masuklah kedalam islam sepenuhnya, maka perkara yg bercanggah dengan hukum hakam islam hendaklah dibuang serta merta dari dalam hati. setiap bangsa dalam dunia ini menpunyai adat masing2 yang terkadang menyelahi hukum agama islam, itulah jahiliyah yg bermaksud sesautu perkara bertentangan serta berlawan dengan nilai-nilai agama. pastikan islam kita berada diluar dan didalam diri bukan islam pada pakaian atau islam jasmani sahaja.
marilah kita berusaha menambah baik diri, keluarga, saudara serta rakan2 menuju keredhaan allah taala inshallah.
berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan menjauhi kemaksiatan.
PELIHARALAH LIDAH DARI DOSA-DOSA......
Allah swt telah mengurniakan kepada
hamba-hambaNya pelbagai nikmat yang antara tujuannya adalah untuk menguji
manusia. Antara nikmat itu ialah lidah. Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya
memelihara lidah daripada berkata sesuatu yang boleh membawa kemudaratan kerana
sesungguhnya tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu untuk membawa kemusnahan
dan kerosakan kepada makhlukNya yang lain.
Allah tidak mengasihi perkataan
yang jahat yang keluar dari mulut seseorang iaitu mengeluarkan kata-kata keji
dan kesat, mengumpat, mencela orang dan sebagainya. Sesungguhnya benarlah kata
orang, lidah itu lebih tajam daripada mata pedang kerana perbuatan sedemikian
merupakan bibit-bibit permusuhan, perpecahan, perkelahian, pembunuhan dan
seumpamanya.
Firman Allah swt dalam surah
An-Nisa’ ayat 48: “Allah tidak mengasihi perkataan buruk yang diucapkan dengan
terus terang, kecuali (bagi) oleh yang dizalimi. Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui”.
Kita juga haruslah belajar menjaga
pertuturan dan tindakan. Antaranya kita haruslah menjauhi perbuatan ghibah dan
fitnah yang merupakan dosa besar. Melakukan dosa samada dosa kecil atau dosa
besar umpama menempah tiket ke neraka. Ghibah ialah sikap suka mengumpat atau
menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain. Diriwayatkan dari Abu Sa’id
dan Jabir keduanya berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Ghibah itu lebih hebat
daripada zina”. Para sahabat bertanya, “Wahai
Rasulullah, mengapa ghibah lebih hebat daripada zina?”. Baginda bersabda,
“Sesungguhnya seseorang apabila berzina lalu bertaubat, nescaya Allah akan
menerima taubatnya. Adapun orang yang melakukan ghibah tidak akan diampuni oleh
Allah hingga diampuni oleh orang yang ia ghibah”(Hadis riwayat Baihaqi).
Peliharalah lidah kita daripada
menabur fitnah dan mengatakan sesuatu yang keji kerana sesunggahnya kebanyakan
kemudaratan dan kemusnahan yang berlaku di muka bumi ini disebabkan oleh lidah
manusia yang tidak terjaga. Nikmat lidah yang dikurniakan mestilah digunakan
dengan baik dan sentiasalah ingat akan azab Allah swt yang pedih terhadap
hamba-hambanya yang menyalahgunakan nikmat yang Allah berikan ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran serta menyakiti saudaranya. Sepatutnya, kita yang
telah dikurniakan akal menggunakan nikmat lidah ini ke arah kebaikan seperti
berzikir, membaca al-Quran, menasihati dan mengajak manusia kepada kebaikan dan
meninggalkan kemungkaran.
Kita
sewajarnya menjaga lidah kita dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang
menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja
hasilnya
maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana
percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.
Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang.
Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan keburukan
dan bencana lidah ke atas si empunya diri. Antaranya yang bermaksud: “ Tidaklah dihumbankan muka
manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek)
lidahnya”. (Hadis Riwayat Tirmizi). Rasulullah s.a.w
juga bersabda yang bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin
(jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan
keji”. (Hadis riwayat Tirmizi). Sabdanya lagi yang
bermaksud: “ Sesiapa
yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya
banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling
layak untuk dirinya” (Diriwayatkan oleh Baihaqi).
“Dan
katakanlah kepada hamba-hambaKu supaya mereka mengatakan perkataan yang
terbaik. Sesungguhnya syaitan menghasut antara mereka. Sesungguhnya syaitan
musuh yang nyata bagi manusia”(al-Isra’:53). Justeru itu, janganlah kita
mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa menghasut manusia ke arah kemungkaran
dan kemaksiatan. Sentiasalah berusaha memperbaiki amal soleh dan menjaga
tingkah laku kita agar kita tidak dihumbankan ke dalam neraka yang azabnya amat
pedih dan menyeksakan. Sentiasalah ingat kepada azab Allah terhadap mereka yang
tidak menjaga lidah mereka, semoga dengan ini, kita akan lebih gerund dan takut
serta berusaha sebaik mungkin menjaga lidah kita daripada menagtakan sesuatu
yang tidak perlu.
Isnin, 10 Jun 2013
10 SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN
10 SEBAB DOA TIDAK DI MAKBULKAN
Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq)
berjalan di pasar. Basrah lalu ia
dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq, Allah berfirman; bermaksud
"Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan."
Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami
belum dikabulkan !". Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah
hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10
perkara".
1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi
haq-haqNya?
2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak
melaksanakan tuntutannya!
3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh
tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w
tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.
5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi
tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.
6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka
tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi
tidak bersiap-siap menghadapi mati.
8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat
teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu
tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu
tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.
didalam kitab jawi min-hajul abidin ada dikisahkan tentang ibrahim adham seorang raja menjadi hamba allah yg taat meninggalkan dunia dan kekayaan. inshallah moga2 pengnjaran tersebut memberi manafaat kepada kita semua.
Jumaat, 7 Jun 2013
KEIKHLASAN
KEIKHLASAN
SUMBER DARI:
Fit-Thariq
Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas, Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Ikhlas itu mempunyai
bukti penguat dan tanda-tanda yg banyak sekali, cthnya dlm kehidupan orang yg
mukhlis; dlm tindak-tanduknya, dlm pandangan terhadap dirinya dan juga orang
lain. Di antaranya adalah:
Pertama: Takut Kemasyhuran
Takut kemasyhuran
dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk
orang yg mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bahawa penerimaan amal di
sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tidak secara terang-terangan dan
didedahkan. sebab andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu
ada niat tidak baik yg masuk ke dlm dirinya, maka sedikit pun manusia tidak
memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.
Maka dr itu zuhud
dlm masalah kedudukan, kemasyhuran, penampilan dan hal-hal yg serba gemerlap lebih besar drp zuhud dlm masalah harta, syahwat perut dan kemaluan. Al-Imam Ibn
Syihab az-Zuhri berkata: “Kami tdk melihat zuhud dlm hal tertentu yg lbh sedikit
drp zuhud dlm kedudukan. Engkau melihat seseorang berzuhud dlm masalah makanan,
minuman dan harta. Namun jika kami membahagi-bahagikan kedudukan, tentu mereka
akan berebut dan meminta lbh banyak lagi.”
Inilah yg membuat
para ulama salaf dan orang-orang shaleh antara mereka mengkhuatirkan dan
menyangsikan hatinya dr ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh krn itu mereka memperingatkan hal ini
kpd murid-muridnya. Para pengarang buku tlh meriwayatkan dlm pelbagai gambaran
ttg tingkah laku ini, seperti Abu Qasim a-Qusyairi dlm ar-Risalah, Abu Thalib
al-Makky dlm Qutul-Qulub, dan al-Ghazali di dlm al-Ihya’.
Begitu pula yg
dikatakan seorang zuhud yg terkenal, Ibrahim bin Adham, “Allah tdk membenarkan orang
yg suka kemasyhuran.” (ibrahim adham seorang pemerintah yg meninggalkan tahtanya kerna ALLAH TAALA dlm kitab minhajul abidin ada kisahnya).
Beliau juga
berkata, “tidak sehari pun aku berasa gembira di dunia kecuali hanya sekali. Pd
suatu mlm aku berada di dlm masjid salah satu desa di Syam, dan ketika itu aku
sdg sakit perut. Lalu muazzin dtg dan menyeret kakiku hingga keluar dr masjid.”
Beliau berasa
senang krn muazzin tersebut tdk mengenalinya. Maka dr itu beliau diperlakukan
secara kasar, kakinya diseret spt seorang pesakit. Beliau meninggalkan
kedudukan dan kekayaannya krn Allah. Sebenarnya ketika itu beliau tdk ingin
keluar jika tdk sakit.
Seorang zuhud yg
terkenal, Bisyr al-Hafy berkata, “Saya tdk mengenal orang yg suka kemasyhuran
melainkan agama menjadi sirna dan dia menjadi hina.”
Beliau juga
berkata, “Tdk akan merasakan manisnya kehidupan akhirat orang yg suka terkenal
di tgh manusia.”
Seseorang prnh
menyertai perjalanan Ibn Muhairiz. Ketika hendak berpisah, orang itu berkata, “Berilah
aku nasihat.”
Ibn Muhairiz
berkata, “Jika boleh hendaklah engkau mengenal tetapi tdk dikenal, berjalanlah
sendiri dan jgn mahu diikuti, bertanyalah dan jgn ditanya. Lakukanlah hal ini.”
Ayyub
as-Sakhtiyani berkata, “Seseorang tdk berniat secara benar krn Allah kecuali
jika dia suka tdk merasakan kedudukannya.”
Khalid bin Mi’dan
adalah seorang ahli ibadah yg dipercayai. Jika semakin ramai orang-orang yg
berkumpul di sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi krg takut dirinya
menjadi terkenal.
Salim bin
Handzalah menceritakan, “Ketika kami berjalan secara beramai-ramai di belakang Ubay
bin Ka’ab, tiba-tiba Umar melihatnya lalu melemparkan susu ke arahnya.”
Ubay bin Ka’ab
lalu bertanya, “Wahai Amirul Mu’minin, apakah yg tlh engkau lakukan?”
Jawab Umar, “Sesungguhnya
kejadian ini merupakan kehinaan bg yg mengikuti dan ujian bg yg diikuti.”
Ini merupakan
perhatian Umar bin al-Khattab secara psikologi terhadap fenomena yg pd permulaannya
boleh menimbulkan kesan dan pengaruh yg jauh terhadap kejiwaan orang-orang yg
mengikuti dan sekaligus orang yg diikuti.
Diriwayatkan dr
al-Hasan, beliau berkata, “Pd suatu hari Ibn Mas’ud keluar dr rumahnya, lalu
diikuti beberapa orang. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: “Ada
apa kamu mengikutiku? Demi Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu
rumahku, dua orang antara kamu pun tdk akan dpt mengikutiku.”
Pd suatu hari
al-Hasan keluar rumah lalu diikuti beberapa orang. Beliau bertanya, “Apakah
kamu ada keperluan kpdku? Jika tdk, mengapa kejadian spt ini masih tersemat dlm
hati orang Mu’min?”
Ayyub
as-Sakhtiyani melakukan suatu perjalanan, lalu ada beberapa orang yg
mengalu-alukan kedatangannya. Beliau berkata, “Andaikata tdk krn aku tahu bhw
Allah mengetahi isi hatiku ttg ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku
takut kebencian dr Allah.”
Ibn Mas’ud
berkata, “Jadilah kamu sbg sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, obor
pd waktu mlm dan pembaharu hati yg diketahui penduduk langit, namun tdk dikenal
penduduk bumi.”
Al-Fudhayl ibn
Iyadh berkata, “Jika engkau sanggup utk tdk dikenal, maka lakukanlah. Apa
sukarnya engkau tdk dikenal? Apa sukarnya engkau tdk disanjung-sanjung? Tdk
mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi
Allah.”
Athar-athar ini
tdk mengajak kpd pengasingan atau uzlah. Orang-orang yg menjadi sumber riwayat
ini adalah para imam dan da’ie. Mereka memiliki pengaruh yg amat baik dlm
menyeru masyarakat, mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yg dpt
difahami dr sejumlah penyataan mereka adalah kebangkitan dr naluri jiwa yg
tersembunyi, kewaspadaan terhadap tipudaya yg disusupkan syaitan ke dlm hati
manusia, jika hati mereka dicampuri hal-hal yg serba gemerlap dan dikelilingi orang-orang
yg mengikutinya.
Kemasyhuran itu
sendiri bknlah suatu yg tercela. Tiada yg lbh masyhur drp para Anbia’,
al-Khulafa’ ar-Rasyidin, dan imam-imam mujtahidin. Tetapi yg tercela adalah
mencari kemasyhuran, takhta dan kedudukan, serta sgt bercita-cita
mendapatkannya. Kemasyhuran tanpa cita-cita ini tdklah menjadi masalah, sekali
pun ia ttp menjadi ujian bg orang-orang yg lemah, spt yg dikatakan oleh Imam
al-Ghazali.
Sejajar dgn
pengertian ini yg tlh disebutkan dlm hadith Abu Dzar drp Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam, bhw Baginda prnh ditanya ttg seorang lelaki yg melakukan
suatu amal kebajikan krn Allah, lalu orang ramai menyanjungnya.
Maka Baginda
menjawab, “Itu kurnia yg didahulukan, sekaligus khabar gembira bg orang
Mu’min.” (HR Imam Muslim, Ibn Majah dan
Ahmad)
Ada pula lafaz
lain, “Seseorang melakukan amal krn Allah lalu orang-orang pun menyukainya..”
Pengertian spt
inilah yg ditafsirkan oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarir
at-Thabary dan alin-lainnya.
Begitu pula
hadith yg ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dr hadith Abu Hurairah, bhw
ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal
dan dia pun senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia
pun berasa takjub kpdnya.”
Baginda bersabda,
“Dia mempunyai dua pahala, pahala krn merahsiakan dan pahala memperlihatkan.”
Kedua: Menuduh Diri Sendiri
Orang yg mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri
sbg orang yg berlebih-lebihan di sisi Allah dan krg dlm melaksanakan pelbagai
kewajipan, tdk mampu menguasai hatinya krn terpedaya oleh suatu amal dan takjub
pd dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya
tdk diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tdk diterima.
Krn sikap spt ini, ada sebahagian di antara
para salaf yg menangis tersedu-sedu ketika jatuh sakit. Beberapa orang yg
menziarahinya bertanya, “Mengapa engkau masih menangis, padahal engkau suka
berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad, mengeluarkan sedekah, haji umrah,
mengajarkan ilmu dan banyak berzikir?”
Beliau menjawab, “Apa yg membuatkanku tahu bhw
hanya sedikit dr amal-amalku yg masuk dlm timbanganku dan juga diterima di sisi
Rabb-ku? Sementara Allah tlh berfirman, Allah hanya menerima (amal) dr orang-orang
yg bertaqwa,”
Satu-satunya sumber taqwa adalah hati. Maka dr
itu al-Quran menambahinya dgn firman Allah yg bermaksud: “Maka sesungguhnya itu
timbul dr ketaqwaan hati..” (al-Hajj:
32)
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Taqwa itu ada di sini,” Baginda mengulanginya tiga kali dan menunjuk
ke arah dadanya. (HR Imam Muslim)
Sayyidah Aishah prnh bertanya kpd Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam ttg orang-orang yg dinyatakan dlm firman Allah bermaksud: “Dan
orang-orang yg memberikan apa yg tlh mereka berikan dgn hati yg takut, (krn
mereka tahu bhw) sesungguhnya mereka akan kembali kpd Rabb mereka.” (al-Mu’minun: 60)
“Apakah mereka orang-orang yg mencuri,
berzina, meminum khamar dan mereka takut kpd Allah?”
Baginda menjawab, “Bkn wahai puteri
as-Shiddiq. Tetapi mereka adalah orang-orang yg mendirikan solat, berpuasa,
mengeluarkan sedekah, dan mereka takut amalnya tdk diterima. Mereka itu
bersegera utk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yg
segera memperolehinya.” (HR Imam Ahmad
dan lain-lainnya)
Orang yg mukhlis sentiasa takut terhadap riya’
yg menyusup ke dlm dirinya, sdg dia tdk menyedarinya. Inilah yg disebut syahwah
khafiyyah yg menyusup ke dlm diri orang yg meniti jalan kpd Allah tanpa
disedarinya.
Dlm hal ini Ibn ‘Atha’illah memperingatkan,
“Kepentingan peribadi dlm kederhakaan amat jelas dan terang. Sdgkan kepentingan
peribadi di dlm ketaatan tersamar dan tersembunyi. Padahal menyembuhkan apa yg
tdk nampak itu amat sukar. Boleh jadi ada riya’ yg masuk ke dlm dirimu dan orang
lain juga tdk melihatnya. Tetapi kebanggaanmu bila orang lain melihat
kelebihanmu merupakan budi ketidakjujuranmu dlm beribadah. Maka kosongkanlah
pandangan orang lain terhadap dirimu. Cukup bagimu pandangan Allah terhadap
dirimu. Tdk perlu bagimu tampil di hadapan mereka agar engkau terlihat di mata
mereka.”
Ketiga: Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dr Liputan
Amal yg dilakukan secara diam-diam harus lbh
disukai drp amal yg disertai liputan dan didedahkan. Dia lbh suka memilih
menjadi perajurit bayangan yg rela berkorban, namun tdk diketahui dan tdk
dikenali. Dia lbh suka memilih menjadi bahagian dr suatu jamaah, ibarat akar
pohon yg menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tdk terlihat oleh
mata, tersembunyi di dlm tanah; atau spt asas bangunan. Tanpa asas, dinding tdk
akan berdiri, atap tdk akan dpt dijadikan berteduh dan bangunan tdk dpt
ditegakkan. Tetapi ia tdk terlihat, spt dinding yg terlihat jelas. Syauqy
berkata di dlm syairnya:
Landasan yg tersembunyi
Tdk terlihat mata krn merendah
Bangunan yg menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah
Di bahagian sblm ini tlh dikemukakan hadith
Mu’adz, “Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yg berbuat kebaikan, bertaqwa
dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tdk hadir mereka tdk diketahui. Hati
mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dr setiap tempat yg gelap.”
Keempat: Tdk Memerlukan Pujian Dan Tdk Tenggelam Oleh Pujian
Tdk meminta pujian orang-orang yg suka memuji
dan tdk bercita-cita mendapatkannya. Jika ada seseorang memujinya, maka dia tdk
terkecoh ttg hakikat dirinya di hdpn orang yg memujinya, krn mmg dia lbh
mengetahui ttg rahsia hati dan dirinya drp orang lain yg boleh tertipu
penampilan dan tdk mengetahui batinnya.
Ibn ‘Atha’illah berkata, “Orang-orang memujimu
dr persangkaan mereka ttg dirimu. Maka adalah engkau orang yg mencela dirimu
sendiri krn apa yg engkau ketahui pd dirimu. Orang yg paling bodoh adalah yg
meninggalkan keyakinannya ttg dirinya krn ada persangkaan orang-orang ttg
dirinya.”
Diriwayatkan dr Ali bin Abi Thalib radhiallahu
‘anh, bhw jika dipuji orang lain maka beliau berkata, “Ya Allah, jgnlah Engkau
hukum aku krn apa yg mereka katakan. Berikanlah kebaikan kpdku dr apa yg tdk
mereka ketahui.”
Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata kpd orang-orang
yg mengekori dan mengerumuninya, “Andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu
rumahku, dua orang antara kamu pun tdk akan dpt mengikutiku.” Padahal beliau
adalah sahabat yg menonjol, pemuka petunjuk dan pelita Islam.
Sekumpulan orang memuji seorang Rabbani. Lalu
dia mengadu kpd Allah sambil berkata, “Ya Allah, mereka tdk mengenalku dan
hanya Engkaulah yg mengetahui siapa diriku.”
Salah seorang yg shaleh bermunajat kpd Allah,
krn sebahagian orang ada yg memujinya dan menyebut-nyebut kebaikan dan
kemuliaan akhlaknya:
Mereka berbaik sangka kpdku
Padahal hakikatnya tdklah begitu
Tetapi aku adalah orang yg zalim
Sbgmana yg Engkau sedia maklum
Kau sembunyikan semua aib yg ada
Dr pandangan mata mereka
Kau kenakan pakaian menawan
Sbg tabir tutupan
Jadilah mereka meyintai
Padahal aku tdk layak dicintai
Tapi hanyalah diserupai
Jgnlah Engkau hinakan aku
Pd Hari Qiamat di tgh mereka
Jadikanlah aku yg mulia
Termasuk yg hina dina
Penyair yg shaleh ini mengisyaratkan makna yg
lembut dan sgt penting, iaitu keindahan tabir yg diberikan Allah kpd
hamba-hambaNya. Brp banyak cela yg tersembunyi, dan Allah menutupinya dr
pandangan orang ramai. Andaikata Allah membuka tabir itu dr pandangan mereka,
tentu kelemahannya akan terserlah dan kedudukannya akan jatuh. Tetapi kurnia
Allah enggan utk menyingkap tabir kelemahan hamba-hambaNya, sbg kurnia dan
kemuliaan bgnya.
Seerti dgn ini tlh dikatakan oleh Ibn
‘Atha’illah, “Sesiapa yg memuliakanmu, sbnrnya dia tlh memuliakan keindahan
tabir pd dirimu. Keutamaan ada pd diri orang yg memuliakanmu dan menutupi aibmu,
bkn pd diri orang yg menyanjungmu dan berterima kasih kpdmu.”
Abu al-Atahiyah berkata dlm syairnya:
Allah tlh berbuat baik kpd kita
Krn kesalahan tdk menyebar ke mana-mana
Apa yg tersembunyi pd diri kita
Tentu tersingkap di sisiNya
Kelima: Tdk Kedekut Pujian Terhadap Orang Yg Mmg Layak Dipuji
Tdk kedekut memberikan pujian kpd orang lain
yg mmg layak dipuji dan menyanjung orang yg mmg layak disanjung. Di sana ada
dua bencana yg bakal muncul: Pertama, memberikan pujian dan sanjungan
kpd orang yg tdk berhak. Kedua, kedekut memberikan pujian kpd orang yg
layak.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam prnh memuji
sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka, spt
sabda Baginda ttg Abu Bakar yg bermaksud: “Andaikata aku boleh mengambil
seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sbg kekasihku.
Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku.”
Sabda Baginda kpd Umar: “Andaikata engkau
melalui suatu jalan, tentu syaitan akan melalui jalan yg lain.”
Sabda Baginda kpd Uthman: “Sesungguhnya beliau
adalah orang yg para malaikat pun berasa malu terhadap dirinya.”
Sabda Rasulullah terhadap Ali: “Di mataku
engkau spt kedudukan Harun di mata Musa.”
Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin al-Walid:
“Beliau adalah salah satu drp pedang-pedang Allah.”
Sabda Rasulullah terhadap Abu Ubaidah: “Beliau
adalah kepercayaan umat ini.”
Masih ramai sahabat yg dipuji Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam, krn kelebihan dan keistimewaan mereka. Di antara mereka ada
dr kalangan pemuda, spt Usamah bin Zaid yg diangkat menjadi komandan pasukan
perang, padahal dlm pasukan tersebut terdapat para pemuka sahabat. Baginda
mengangkat Itab bin Usaid sbg pegawai di Makkah, padahal umurnya masih dua
puluh thn. Mu’adz bin Jabal dikirim ke Yaman, padahal beliau masih muda.
Sebahagian di antara mereka lbh diutamakan drp orang-orang yg lbh terdahulu
memeluk Islam, krn kelebihan dirinya, spt Khalid bin al-Walid dan Amr bin
al-Ash.
Boleh jadi seseorang tdk mahu memberikan
pujian kpd orang yg layak dipuji, krn ada maksud tertentu dlm dirinya, atau krn
rasa iri hati yg disembunyikan, spt takut campurtangan di pejabatnya, atau
menyaingi kedudukannya. Krn dia juga tdk mampu utk melemparkan celaan, maka
setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tdk perlu menyanjungnya.
Kita melihat bagaimana Umar bin al-Khattab yg
meminta pendapat Ibn Abbas dlm pelbagai urusan, padahal Ibn Abbas masih sgt
muda. Maka para pemuka sahabat berkata kpdnya, “Bicaralah wahai Ibn Abbas. Krn
usia yg muda tdk menghalangimu utk berbicara.”
Keenam: Berbuat Selayaknya Dlm Memimpin
Orang yg mukhlis krn Allah akan berbuat
selayaknya ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan ttp patriotik
ketika berada paling blkg, selagi dlm dua keadaan ini dia mencari keredhaan
Allah. Hatinya tdk dikuasai kesenangan utk tampil, menguasai barisan dan
menduduki jabatan strategi dlm kepimpinan. Tetapi dia lbh mementingkan
kemashlahatan bersama krn takut ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan yg dia
lewatkan.
Apa pun keadaannya dia tdk bercita-cita dan
tdk menuntut kedudukan utk kepentingan dirinya sendiri. Tetapi jika dia
dibebankan tugas sbg pemimpin, maka dia melaksanakannya dan memohon pertolongan
kpd Allah agar dia mampu melaksanakannya dgn baik. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam tlh mensifatkan kelompok orang spt ini dlm sabda Baginda yg
bermaksud:
“Keuntungan bg hamba yg mengambil tali kendali
kudanya fi sabilillah, yg kusut kepalanya dan yg kotor kedua telapak kakinya.
Jika kuda itu berada di barisan blkg, maka dia pun berada di kedudukan
penjagaan.” (HR Imam Bukhari)
Allah meredhai Khalid bin al-Walid yg
diberhentikan sbg komandan pasukan, sekali pun beliau seorang komandan yg
sentiasa mendapat kemenangan. Stlh itu beliau pun menjadi orang bawahan Abu
Ubaidah tanpa rasa rendah diri. Dlm kedudukan spt itu pun beliau ttp ikhlas
memberikan pertolongan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
memperingatkan seandainya ada seseorang yg meminta jawatan dan sengaja utk
mendapatkannya. Tlh disebutkan di dlm as-Shahih, bhw Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam prnh bersabda kpd Abdurrahman bin Samurah:
“Jgnlah engkau memimta jawatan pemimpin. Krn
jika engkau memperoleh jawatan itu tanpa meminta maka engkau akan mendapat
sokongan, dan jika engkau memintanya, maka semua tanggungjawab akan dibebankan
kpdmu.” (Muttafaq ‘Alaihi)
Ketujuh: Mencari Keredhaan Allah, Bkn Keredhaan Manusia
Tdk memperdulikan keredhaan manusia jika di
sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Sbb setiap orang di antara satu
sama lain saling berbeza dlm sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan
yg ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yg tdk bertepi, tujuan
yg sulit diketahui dan tuntutan yg tdk terkabul. Dlm hal ini seorang penyair
berkata:
Adakalanya seseorang
Membuat redha sekian ramai orang
Kini betapa jauh jarak yg membentang
Di tgh tuntutan-tuntutan hawa nafsu
Penyair lain berkata:
Jika aku meredhai orang-orang yg mulia
Tentunya aku memurkai orang-orang yg hina
Orang yg mukhlis tdk terlalu peduli dgn semua
ini, krn syiarnya hanya bersama Allah. Dikatakan dlm satu syair:
Boleh jadi engkau mengasingkan diri
Tetapi hidup ttp terasa pahit di hati
Boleh jadi engkau redha
Padahal orang lain murka
Engkau membangun dan orang lain merobohkan
Antara diriku dan alam ada kerosakan
Jika di hatimu ada cinta semua itu tiada
daya
Apa yg ada di atas tanah
Ttp menjadi tanah
Kelapan: Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Krn Allah, Bkn Krn Kepentingan Peribadi
Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan
penahanan, keredhaan dan kemurkaan harus dilakukan krn Allah dan agamaNya, bkn
krn pertimbangan peribadi dan kepentingannya, tdk spt orang-orang munafik
opportunis yg dicela Allah dlm KitabNya:
“Dan di antara mereka ada yg mencela mu ttg
(pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian drpnya, mereka bersenang
hati, dan jika mereka tdk diberi sebahagian drpnya, dgn serta merta mereka
menjadi marah.” (at-Taubah: 58)
Boleh jadi engkau prnh melihat orang-orang yg
aktif dlm lapangan dakwah, apabila ada salah seorang rakannya melontarkan
perkataan yg mengganggu atau melukai perasaannnya, atau ada tindakan yg
menyakiti dirinya, maka secepat itu pula dia marah dan meradang, lalu
meninggalkan harakah dan aktivitinya, meninggalkan medan jihad dan dakwah.
Ikhlas utk mencapai tujuan menuntutnya utk
cekal dlm berdakwah dan gerak langkahnya, sekali pun orang lain menyalahkan,
meremehkan dan bertindak melampaui batas terhadap dirinya. Sbb dia berbuat krn
Allah, bkn krn kepentingan peribadi atau atas nama keluarga, serta bkn krn
kepentingan orang tertentu.
Dakwah kpd Allah bkn spt harta yg ditimbun
atau harta milik seseorang. Tetapi dakwah merupakan milik semua orang. Siapa
pun orang Mu’min tdk boleh menarik diri dr medan dakwah ini hanya krn sikap
atau tindakan tertentu yg mempengaruhi dirinya.
Kesembilan: Sabar Sepanjang Jalan
Perjalanan yg panjang, lambatnya hasil yg
diperoleh, kejayaan yg tertunda, kesulitan dlm bergaul dgn pelbagai lapisan
manusia dgn perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka, tdk boleh membuatnya
menjadi malas, bersikap leka, mengundurkan diri, atau berhenti di tgh jalan.
Sbb dia berbuat bkn sekadar utk sebuah kejayaan atau pun kemenangan, tetapi yg
plagi pokok tujuannya adalah utk keredhaan Allah dan menuruti perintahNya.
Nabi Nuh ‘alaihissalam, pemuka para anbia’,
hidup di tgh kaumnya selama 950 thn. Beliau berdakwah dan bertabligh, namun
hanya sedikit sekali yg mahu beriman kpd beliau. Padahal pelbagai cara dakwah
sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara, sebagaimana yg
difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau:
“Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku tlh menyeru
kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dr
kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kpd iman) agar
Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dlm telinganya
dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan terlalu
menyombongkan diri.” (Nuh: 5-7)
Sekali pun harus menghabiskan masa selama 950
thn, beliau ttp menyeru kaumnya dan akhirnya ada 40 orang yg berhimpun bersama
beliau. Sedangkan kaumnya yg lain berpaling dr beliau, sekali pun beliau sgt
berharap mereka mahu beriman.
Al-Quran tlh mengisahkan kpd kita
individu-individu Mu’min di dlm surah al-Buruj. Mereka rela mengorbankan nyawa
fi sabilillah dan mereka tdk mengatakan, “Kematian ini dpt memberi apa-apa
manfaat terhadap dakwah kita?”
Mereka tdk berkata spt itu, krn mereka
mempunyai keteguhan hati dan pengorbanan. Kejayaan dakwah ada di tgn Allah.
Siapa yg tahu kalau pun darah mereka itu merupakan santapan lazat bg pohon iman
generasi berikutnya?
Perkara yg prinsip, alam orang yg mukhlis
hanya bg Allah semata. Dia cekal dlm hal ini dan terus spt itu. Hasil dan buah
di dunia diserahkan kpd Allah, krn Allah-lah yg menyediakan penyebabnya dan
membatasi waktunya. Dia hanya sekadar berusaha. Jika berjaya, maka segala puji
hanya bg Allah, dan jika gagal, maka segala daya kekuatan itu hanya milik
Allah.
Sesungguhnya di akhirat Allah tdk akan
bertanya kpd manusia, “Mengapa engkau tdk memperoleh kemenangan?” Tetapi Dia
akan bertanya, “Mengapa engkau tdk berusaha?”
Allah tdk bertanya, “Mengapa engkau tdk
berjaya?” Tetapi Dia bertanya, “Mengapa engkau tdk melakukannya?”
Kesepuluh: Berasa Senang Jika Ada Yg Bergabung
Berasa senang jika ada seseorang yg mempunyai
kemampuan, bergabung dlm barisan mereka yg mahu beramal, utk menegakkan bendera
atau ikut taat dlm amal. Hal ini harus disertai dgn usaha memberikan kesempatan
kpdnya, sehingga dia dpt mengambil tempat yg sesuai dgn kedudukannya. Dia tdk
harus rasa terganggu, terganjal, dengki atau pun gelisah krn kehadirannya.
Malahan jika orang yg mukhlis melihat ada orang lain yg lbh baik drp dirinya yg
mahu memikul tanggungjawabnya, maka dgn senang hati dia akn mundur, memberikan
tanggungjawabnya kpd orang itu dan dia berasa senang menyerahkan jawatan
kpdnya.
Sebahagian orang yg memegang jawatan, lbh-lbh
lagi jika berada di barisan hadapan, tdk mahu menyerah dlm mempertahankan
kedudukannya, tdk mahu berundur walau bagaimanapun keadaannya dan suka menekan orang
lain. Dia berkata, “Ini merupakan kedudukan yg tlh diberikan Allah kpdku, maka
aku tdk mahu melepaskannya. Ini adalah pakaian yg tlh dikenakan kpdku, maka aku
tdk mahu membukanya. Kedudukan ini dtg dr langit.”
Padahal waktu terus berlalu, keadaan berubah
dan kekuatan menjadi lemah. Setiap masa diperuntukkan bg mereka yg sesuai
dgnnya, sebagaimana setiap tempat diperuntukkan bg orang yg mmg sesuai dgn
tenoat itu. Banyak cemuhan ditujukan kpd penguasa yg bermati-matian
mempertahankan kerusi dan kedudukannya, dgn anggapan bahawa merekalah yg paling
mampu mengendalikan perahu dan menjaganya dr terpaan angin taufan.
Ketika mendapat kritik dr orang lain, para
da’ie Muslim tdk boleh menutup mata atau menutup telinga. Mereka juga tdk boleh
lpd tgn demi kemaslahatan dakwah sebagaimana orang lain yg tdk boleh lps tgn
demi kemaslahatan negara dan ummah. Krn andai lpd tgn, boleh jadi itu merupakan
belenggu syaitan dan godaan yg dibisikkan ke dlm hati para aktivitis Islam.
Sehingga jika yg lbh banyak berbicara adalah kepentingan diri sendiri,
kecintaan kpd kedudukan dan dunia, maka itu dianggap pengabdian terhadap agama.
Brp ramai jemaah atau harakah yg disusupi
kezaliman dr luar, pengaruh dr dlm atau kepincangan dlm berfikir dan beramal,
tiada inovasi dan tajdid, sbg akibat dr kerakusan satu atau dua orang yg
terlibat di dlmnya. Dia tdk mahu melepaskan kedudukannya kpd orang lain. Dia
lupa bahawa bumi ini terus berputar, planet-planet terus berlalu, dunia terus
berubah. Tetapi ternyata mereka tdk mahu berputar seiring dgn putaran bumi, tdk
berubah seiring dgn perubahan waktu dan tempat serta keadaan manusia.
Malahan di antara mereka ada yg memikul beban
dan tanggungjawab melebihi kemampuan bahunya. Padahal maksudnya ialah utk
menghalang jalan bg orang lain yg lbh mampu dan lbh bertenaga, bkn sahaja orang
lain itu dpt dikerahkan utk mengurangkan beban amanat yg dipikulnya malah
sekaligus sbg melatih diri utk memikul tanggungjawab.
Kesebelas: Rakus Terhadap Amal Yg Bermanfaat
Di antara bukti ikhlas adalah rakus terhadap
amal yg paling diredhai Allah, dan bkn yg paling diredhai oleh dirinya sendiri.
Sehingga orang yg mukhlis lbh mementingkan amal yg lbh banyak manfaatnya dan
lbh mendalam pengaruhnya, tanpa disusupi hawa nafsu dan kesenangan diri
sendiri.
Dia senang melakukan puasa nafilah dan solat
dhuha. Namun sekali pun waktunya dihabiskan utk mendamaikan mereka yg sdg
bertikai, justeru itulah yg lbh dipentingkannya. Dlm sebuah hadith disebutkan:
“Ketahuilah, akan ku khabarkan kpdmu ttg
sesuatu yg lbh utama drp darjat puasa, solat dan sedekah. Iaitu mendamaikan di
antara sesama manusia. Sbb kerosakan di antara sesama amnusia adalah
pemotong.” (HR Imam Abu Daud dan
at-Tirmidzi, hadith shahih)
Dia mendapatkan kesenangan di hati dan
kegembiraan di dlm jiwa jika boleh melaksanakan umrah pd setiap bulan Ramadhan
dan haji pd musimnya. Tetapi dikatakan kpdnya, “Sumbangkan saja wang itu utk
ikhwan kita di Palestin atau Bosnia atau Kashmir yg sdg mengalami kehancuran.”
Jika hatinya tdk lapang dan menolak, maka dia spt apa yg dikatakan al-Ghazali
sbg orang yg tertipu.
Ada seorang penderma dr salah satu negara kaya
yg berkunjung ke Afrika utk membangun sebuah masjid. Di sana dia ditemui oleh
para wakil masyarakat, yg mengusulkan akar dia membaiki bbrp masjid lama yg
hampir roboh. Sementara masjid-masjid itu berada di tempat strategik di tgh
permukiman penduduk dan kewujudannya sgt diperlukan. Tabung yg mestinya utk
membangun satu masjid yg direncanakan, cukup utk membaiki sepuluh masjid lama
yg sudah ada dan hampir roboh itu. Tetapi ternyata dia menolak, kecuali jika namanya
digunakan utk nama-nama masjid tersebut.
Kedua Belas: Menghindari Ujub
Di antara tanda kesempurnaan ikhlas ialah tdk
merosak amal dgn ujub, berasa senang dan puas terhadap amal yg tlh
dilakukannya. Sikap spt ini dpt membutakan matanya utk melihat celah-celah yg
sewaktu-waktu muncul. Seharusnya apa yg perlu dilakukan oleh orang Mu’min stlh
melaksanakan suatu amal ialah takut jikalau dia tlh melakukan kelalaian,
disedari mahupun tdk disedari. Maka dr itu dia takut jikalau amalnya tdk
diterima. Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dr
mereka yg bertaqwa.” (al-Maidah: 27)
Di antara ungkapan yg sgt berkesan dlm masalah
ini, yg dinisbatkan kpd Ali bin Abi Thalib adalah, “Suatu keburukan yg
menyesakkanmu lbh baik di sisi Allah drp kebaikan yg membuatmu ujub.”
Pengertian spt ini juga ditetapkan Ibn
‘Atha’illah di dlm Al-Hikam, beliau berkata, “Boleh jadi Allah membuka pintu
ketaatan bagimu, tetapi tdk membuka pintu penerimaan amal bagimu. Boleh jadi
Allah mentaqdirkan kederhakaan ke atas dirimu, lalu kederhakaan itu menjadi sbb
yg menghantarkan ke tujuan. Kederhakaan yg membuahkan ketundukan dan kepasrahan
lbh baik drp ketaatan yg membuahkan ujub dan kesombongan.”
Dr sini al-Quran memperingatkan agar tdk
menyertai sedekah dgn menyebut-nyebut sedekah itu dan ucapan yg menyakitkan,
krn dikhuatirkan justeru menggugurkan pahala yg dihilangkan pengaruhnya. Allah
berfirman yg bermaksud:
“Perkataan yg baik dan pemberian maaf lbh baik
drp sedekah yg diiringi dgnsuatu yg menyakitkan (perasaan si penerima). Allah
Maha Kaya lagi Maha Penyantun. Hai orang-orang yg beriman, jgnlah kamu
menghilangkan (pahala) sedekah kamu dgn menyebut-nyebutnya dan menyakiti
(perasaan si penerima), spt orang yg menafkahkan hartanya krn riya’ kpd manusia
dan dia tdk beriman kpd Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan bg orang itu
adalah spt batu licin yg di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan
lebat, lalu jadilah ia bersih (tdk bertanah).”
(al-Baqarah: 263-264)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga
memperingatkan ujub dan menjadikannya termasuk hal-hal yg merosak. Ibn Umar
meriwayatkan dr Baginda yg bermaksud:
“Tiga perkara yg merosak dan tiga perkara yg
menyelamatkan. Sedangkan perkara-perkara yg merosak adalah kedekut yg ditaati,
hawa nafsu yg diikuti dan ujub seseorang terhadap dirinya.” (HR Imam at-Thabrani, hadith hasan dlm Shahih
al-Jami’ as-Shaghir, no. 3045)
Al-Quran tlh mengisahkan kpd kita kejadian yg
dialami kaum Muslimin pd waktu Perang Hunain. Allah tlh memberikan kemenangan kpd
mereka sewaktu Perang Badar, padahal mereka sama sekali tdk diunggulkan menang.
Allah juga memberikan kemenangan kpd mereka pd Perang Khandaq, yg sblm itu
pandangan mereka meredup, hati mereka naik ke atas hingga sampai ke
tenggorokan, mereka menduga yg bukan-bukan terhadap Allah dan mereka tergoncang
dgn hebat. Allah juga memberikan kemenanagn kpd mereka pd waktu Perang Khaibar
dan Fathu Makkah. Tetapi pd waktu Perang Hunain mereka menjadi ujub krn jumlah
mereka yg banyak. Ternyata jumlah yg banyak ini tdk memberi manfaat apa-apa,
hingga mereka pasrah kpd Allah. Mereka pun menyedari bahawa kemenangan datang
hanya dr sisi Allah. Dia berfirman yg bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tlh menolong kamu (hai
kaum Mu’min) di medan peperangan yg banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain,
iaitu pd waktu kamu menjadi sombong krn banyaknya jumlah kamu, maka jumlah yg
banyak itu tdk memberi manfaat kpd kamu sedikit pun, dan bumi yg luas itu tlh
terasa sempit oleh kamu, kemudian kamu lari ke blkg dgn bercerai-berai. Kemudian
Allah menurunkan ketenangan kpd RasulNya dan kpd mereka yg beriman.” (at-Taubah: 25-26)
Orang Mu’min yg sedar adalah mereka yg
menyerahkan segala urusannya hanya kpd Allah, lalu percaya bahawa kemenangan
hanya dtg dr sisiNya. Firman Allah:
“Dan kemenangan itu hanyalah dr Allah Yg Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Aali
Imran: 126)
Kemuliaan juga datang hanya dr sisiNya:
“Barangsiapa yg menghendaki kemuliaan, maka
bagi Allah-lah kemuliaan itu.” (Fathir:
10)
Taufiq kpd hal-hal yg baik juga berasal dr
pertolongan Allah. FirmanNya:
“Dan tdk ada taufiq bagiku melainkan dgn
(pertolongan) Allah.” (Hud: 88)
Hidayah hanya dtg dr sisiNya:
“Barangsiapa yg disesatkanNya, maka kamu tdk
boleh mendapatkan seorang pemimpin pun yg dtg yg mampu memberikan petunjuk
kpdnya.” (al-Kahfi: 17)
Dikatakan dlm sebuah syair:
Andaikan Allah tiada mempedulikan
kehendakmu
Nescaya tdk akan ada pilihan bg semua
manusia
Andaikan Dia tdk memberi petunjuk jalanmu
Nescaya kau akan tersesat sekali pun langit
ada di sana
Ketiga Belas: Peringatan Agar Membersihkan Diri
Al-Quran tlh memperingatkan utk membersihkan
diri dr pujian dan sanjungan ke atas dirinya, sebagaimana firmanNya:
“Dia lbh mengetahui tentang (keadaan) kamu,
ketika Dia menjadikan kamu dr tanah dan ketika kamu masih dlm janin perut
ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dialah yg paling
mengetahui tentang orang yg bertaqwa.”
(an-Najm: 32)
Allah mencela orang-orang Yahudi dan Nasrani
yg menganggap dirinya suci. Firman-Nya yg bermaksud:
“Apakah kamu tdk memerhatikan orang yg
menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan sesiapa yg
dikehendaki-Nya dan mereka tdk dianiaya sedikit pun.” (an-Nisa: 49)
Hal ini terjadi krn mereka berkata, spt yg
dijelaskan Allah yg bermaksud:
“Kami ini adalah anak-anak Allah dan
keksih-kekasih-Nya.” (al-Maidah: 18)
Perkataan mereka ini disanggah dgn firman-Nya
yg bermaksud:
“Tetapi kamu adalah manusia (biasa) di antara
orang-orang yg diciptakan-Nya. Dia mengampuni sesiapa yg dikehendaki-Nya dan
menyeksa siapa yg dikehendaki-Nya. Dan, kepunyaanl Allah-lah kerajaan di antara
keduanya, dan kpd Allah-lah kembali (segala sesuatu).” (al-Maidah: 18)
Orang yg tlh melakukan sesuatu amal shaleh,
tdk boleh mempamerkan amalnya itu, kecuali jika utk menyampaikan nikmat
Rabb-Nya:
“Dan terhadap nikmat Rabb-mu, maka hendaklah
kamu menyebut-nyebutnya (dgn bersyukur).”
(ad-Dhuha: 11)
Selain itu ia bertujuan utk memancing orang
lain agar mengikutinya. Sabda Baginda yg bermaksud:
“Barangsiapa membuat sunnah yg baik, maka dia
mendapat pahala sunnah itu dan pahala orang yg mengerjakannya.” (HR Imam Muslim)
Dibolehkan juga jika bertujuan utk membela
diri krn ada tuduhan yg dilemparkan kpdnya, padahal dia tdk bersangkut-paut dgn
tuduhan tersebut, atau mungkin ada sebab-sebab lain. Semua itu diperbolehkan bg
orang yg batinnya sudah kuat krn Allah semata dan bukan krn tujuan yg
bukan-bukan serta tdk tergolong pd ujub, tdk bertujuan mencari sanjungan dr
orang lain dan mendapatkan kedudukan di kalangan masyarakat. Namun memang jrg
orang yg bebas dr tujuan ini.
Orang Islam harus waspada, jgn sampai ujub
terhadap diri sendiri, krn kebaikan dan keshalihan yg dilakukannya, atau
keyakinan bahawa hanya dialah yg beruntung sdg yg lain merugi, atau dia dan
jamaahnyalah yg layak disebut al-firqah an-najiyyah (golongan yg selamat)
sdgkan semua kaum Muslimin rosak, atau hanya merekalah yg layak disebut thaifah
manshurah (kelompok yg mendapat pertolongan) sdgkan yg lain dibiarkan.
Pandangan terhadap diri sendiri spt ini adalah
ujub yg merosak, dan pandangan terhadap orang-orang Islam spt itu adalah
pelecehan yg menghinakan.
Dlm sebuah hadith shahih disebutkan: “Jika
seseorang berkata ‘Manusia tlh rosak’, maka dialah yg lbh rosak drp
mereka.” (HR Imam Muslim)
Hadith ini diriwayatkan dgn bacaan ‘ahlakuhum’,
dgn pengertian bahawa justeru dialah yg lbh byk dan lbh cepat menimbulkan
kerosakan, krn dia terpedaya oleh diri sendiri, congkak terhadap amalannya dan
melecehkan orh lain. Dgn bacaan dan makna spt ini, bererti dialah yg
menyebabkan kerosakan mereka, krn dia berasa lbh unggul dr mereka dan juga
membuatkan mereka berputus asa terhadap rahmat Allah.
Al-Imam an-Nawawi rahimahullah berkata,
“Larangan ini ditujukan kpd orang-orang yg berkata spt itu, krn ujub terhadap
diri sendiri, mengecilkan org lain dan berasa dirinya lbh unggul dr mereka. Ini adalah perbuatan yg
diharamkan. Tetapi jika perkataan spt itu disampaikan krn memang ada kekurangan
dlm pengamalan agama mereka atau krn rasa prihatin terhadap situasi mereka dan
juga situasi agama mereka, maka hal itu tidak apa-apa. Inilah yg ditafsir dan
dihuraikan oleh para ulama, spt yg dikatakan olek Malik bin Anas, al-Khattabi,
al-Humaidi dan lain-lainnya.
Dlm hadith lain disebutkan, yg bermaksud:
“Cukuplah seseorang disebut buruk jika dia
mencela saudara Muslimnya.” (HR Imam
Muslim)
Sebab di antara orang Islam atas orang Islam
lainnya adalah dilarang menzalimi, menghinakan dan melecehkannya. Tdk mungkin
seseorang mencela saudaranya sendiri, sdgkan mereka ibarat dua cabang yg
melekat di satu pohon yg sama.
Langgan:
Catatan (Atom)