2
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha
Penyayang
Bermula puji tertentu
bagi allah tuhan sekalian alam yang membukakan yang ghaib-ghaib bagi segala
fakir kepada jalan yang betul. (Amaabakdu) pikul alfakir alhaji muhammad sholih
bin abdullah. Telah minta setengah saudaraku menghimpunkan akan berapa masalah
maka aku perkenankan akandia bagi demikian itu dan jika ada aku tiada ahli bagi
barang disana itu sekalipun hal keadaan minta tolong dengan tuhan yang amat
kuasa yang memiliki memberi nikmat atas hambanya kerana harap aku dapat
manafaat pada kemudian hari mahshar maka aku carilah didalam beberapa kitab
arab dan bahasa jawi dengan sekira-kira dapatnya sebab aku orang jahil bebal
kerana kurang ilmu aku buat masaalah ini soal jawab supaya mudah fahamnya
kepada orang yang kurang akalnya aku mula masaalah ini diambil daripada hadis
nabi sholallah alaihi wasalam tholibal ilmi faridatun ala kuli muslimin wa
muslimat ertinya bermula menuntut ilmu itu fardhu atas tiap-tiap muslim
laki-laki dan muslim perempuan
(soal) dan mana ilmu
fardhu ain menuntut dia beri kami jawabnya
(jawab) bermula ilmu
yang fardhu ain menuntut dia itu yaitu tiga ilmu pertama ilmu usulluddin dan
kedua ilmu fekah dan yang ketiga ilmu tasawauf
(soal) dan mana had
ilmu usul yang fardhu menuntut dia dan mana had ilmu fekah yang fardhu menuntut
dia dan mana had ilmu tasawauf yang fardhu ia menuntut dia (jawab) adapun had
ilmu usul itu yang fardhu menuntut iaitu mengetahui sekadar barang yang wajib
dan barang yang mustahil dan barang yang harus kepada tuhan kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
anda boleh komen atau memberi pendapat atau idea tentang blog ini.apa2 cadangan dari anda kami hargai