Jumaat, 13 Julai 2012


Kod etika kerajaan sementara PRU-13

IPOH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menguat kuasa kod etika kerajaan sementara kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kod etika yang menggariskan peranan sebenar kerajaan sementara bertujuan mengelak salah laku parti politik sepanjang kempen PRU-13.
"Dasar menjadikan kerajaan sedia ada sebagai kerajaan sementara pada tempoh PRU adalah amalan perundangan kebanyakan negara di dunia terutama Komanwel.
"Namun, sering menjadi pertikaian dakwaan salah laku berkaitan pertindihan peranan sebagai anggota kerajaan dan ahli parti politik seperti penggunaan jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya," katanya selepas merasmikan Taklimat Persediaan Menghadapi PRU-13 kepada Pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya Perak di sini semalam.
Wan Ahmad berkata, draf awal kod etika terbabit kini dalam peringkat diperhalusi Jabatan Peguam Negara.

dipetik dari kosmo online

kenapa sekarang baru nak buat? sebelun ini!!! dah berapa kali pilihan raya di tanah melayu nie???
amno klu tak ada kepenting parti tak akan buat perkara tersebut......

RAMADAN KEMBALI LAGI

Bulan yang mulia, amalan yang dilakukan diberi ganjaran berlipat kali ganda dari biasa.
oleh itu bersama-samalah kite merebut peluang ini untuk menambah amal, moga-moga allah memanjangkan umur dengan penuh keberkatan untuk menumpuh bulan yang mulia ini.
insallah kita semua lakukan yang terbaik...

Mahadir ada agendanya tersendiri... makin lama makin sakan ia bercakap.. anwar (Gambar Kiri)

KUALA LIPIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak takut untuk menyekat kesalahan yang dibuat oleh bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed demi kepentingan negara.

Lebih-lebih lagi apabila Mahathir terlibat memberikan kontrak membekalkan minyak kepada MAS kepada syarikat yang dikuasai anaknya, Petron Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) membuat permintaan itu kepada Najib ketika memberikan ceramahnya dekat sini baru-baru ini.

Menurut Anwar, pertembungan beliau dengan Mahathir berlaku sejak dalam Umno lagi apabila Mahathir mengarahkan beliau selaku Menteri Kewangan membantu anaknya, Mirzan yang sedang kesempitan dalam perniagaannya ketika itu.

"Apabila saya menolaknya, dia gunakan RM2,000 juta wang Petronas untuk membantu syarikat perkapalan Mirzan iaitu MISC," kata Anwar.

Menurut Anwar, 10 tahun kemudian, sekali lagi terbukti sikap Mahathir apabila beliau membela tindakan anaknya Mirzan yang membeli penguasaan dalam syarikat pembuat arak dari Filipina, San Maguel dengan harga RM2,900 juta secara tunai.

"Bila kita buat semua tak boleh. tunjuk perasaan haram, tetapi dia semua boleh, beli syarikat arak pun boleh," tempelak Anwar.

Yang terbaru, kata Anwar, San Maguel telah membeli syarikat Esso Mobil Malaysia dan dinamakan Petron.

Lalu, semua kapal terbang MAS telah dipaksa untuk membeli minyaknya dari Petron ini dan tidak boleh membeli minyak dari Petronas.

"Ini pun Najib takut nak bantah. Kat Mahathir takut, Obama takut, Syed Mokhtar takut...balik rumah pun takut...Apa nak jadi dengan Perdana Menteri kita ni," kata Anwar diikuti sorakan dari ribuan hadirin yang hadir malam itu.

Anwar mengajak semua rakyat negara ini agar bersama-sama membina negara ini dengan ilmu.

"Setiap sesuatu kita perlu mulakan dengan ilmu...Min huna naklam...permulaan tindakan kita dengan ilmu," kata beliau bagi memastikan semuanya dibuat dengan betul bukan kerana takut atau emosi.

Anwar memberikan contoh apa yang berlaku di Kelantan sekarang.

"Memang Kelantan secara relatifnya agak miskin tetapi Kelantan berkat," kata beliau.


dipetik dari trengganukite


lawan tetap lewan......
KUALA LUMPUR: Ketika kerajaan cuba memberitahu rakyat bahawa kadar jenayah negara ini berkurang, rakyat dikejutkan dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan (gambar) bahawa ia sedang meningkat.

Beliau mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.

“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.

“Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,” kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

“Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.

“Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta,” kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.

“Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.

“Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, ‘especially’ dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.

“Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara,” kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada ‘intelligence procurement’ atau ‘perolehan risikan’.

“Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.

“Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.

“Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni,” kata bekas KPN itu lagi.


dipetik dari harakahdaily




dalam carta dunia malaya antara negara paling selamat betull keeee?????????????????

Khamis, 12 Julai 2012

TUAN GURU NIK AZIZ LANCAR BUKU BARU








SHAH ALAM: Buku kompilasi kuliah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ‘Bertemu janji Allah’ selamat dilancarkan oleh beliau sendiri baru-baru ini.

Buku yang dianggap segar sepanjang zaman ini adalah himpunan kuliah-kuliah Tuan Guru Nik Aziz dilancarkan sempena Pesta Buku Selangor yang berlangsung di SACC Mall 8 Julai lepas.

Turut hadir pada majlis tersebut, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. 

Buku ini terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd dan boleh didapati disemua kedai buku seluruh negara.

Ia boleh juga dipesan secara online melalui www.kemilau.net.my.

Buku berkulit keras ini adalah buku pertama terbitan syarikat ini yang dicetak di Indonesia. Ia dijual dengan harga RM39.00.

dipetik dari harakahdaily...

Khamis, 24 Mei 2012

GELOMBANG ISLAM

akhir-akhir ini manusia tertarik kepada perjuangan islam, mungkin kerna atas dasar pengkajian atau pun taufik hidayah dari pada ALLAH yang maha penyayang membuka hati atau mengsuburkan kembali hati-hati yang mati untuk kembali kepada fitrah asal iaitu kembali kepada islam dan perjuangan yang sebenar. bukan semua dari kita minat kepada politik tetapi atas dasar kewajipan kepada agama tidak dapat tidak mesti dilakukan atau menerima politik itu sendiri, politik adalah corak pemerintah atau cara mengatur, mengyusun, mentadbir sesautu organisasi atau yang paling kecil diri sendiri.
kadang-kadang pemahaman kita terlalu singkat dan kecil makna erti politik, seperti makna ustaz dan guru. ia adalah makna yang sama berbeza dari ejaan sahaja.