Rabu, 15 September 2010

JUWATAN


Berita yang
terhangat pada masa kini, seorang jutawan dan beberapa orang telah di
bunuh, dibakar, dan dibuang kedalam sungai. begitulah keadaan di malaysia pada masa kini menunjukan kekuasaan dan pengaruh kertas terhadap seseorang tidak kira apa kedudukannya, pangkatnya,




jika kita dilempahkan oleh allah dengan rezeki dari pelbagai sudut hendaklah kita bersyukur yang teramat sangat. bukan dengan lafaz alhamdulilah semata-mat
a tetapi dengan perbuatan serta berkongsi kelempahan rezeki itu dengan saudara seagama yang lain melalui pemberian zakat.
jadi lah seperti abdul rahman bin auf atau pun saidina abu bakar yang menginfakkan kemua hartanya untuk islam
,





linsallah jika reziki kita diberkati oleh allah pasti kita dilindunginya dari segala mara bencana kejahatan makhluk yang jahat.

firman allah taala:

Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

didalam quran begitu banyak ayat-ayat yang berkaitan kekayaan serta bencana dan peringatan yang allah beri peringatan kepada kita sebagai iktibar dan penggajaran dari pada umat terdahulu yang apabila mereka dilempahkan rezeki serta nikmat menjadi takbur serta lupa diri akan asal asul mereka.

oleh itu marilah kita berfikir sejenak APA TUJUAN ALLAH MENJADIKAN JIN DAN MANUSIA DIATAS MUKA BUMI INI? adakah ia suka-suka sahaja atau ada tugasan yang perlu kita laksanakan sebagai khalifah! ingatlah kita semua dari nabi adam a.s hingga ke junjungan yang mulia nabi muhammad rasulallahalaisalam jin dan manusia ditugaskan untuk beriman kepada allah dan rasul, bukannya beriman atau mencari yang lain dari itu....


Khamis, 2 September 2010

SUBSIDI DITARIK BONUS DIBERI!!!

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menuntut kerajaan supaya menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam.

Katanya, beliau tidak menentang tindakan itu, tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik."

Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta.

Kerajaan sebelum ini memberi alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya.

Katanya lagi, tindakan itu bagaimanapun menyebabkan kenaikan harga barangan yang perlu ditanggung kepada semua peringkat masyarakat.

"Kerajaan tarik RM750 juta subsidi, tapi tiba-tiba dia beri RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat.

"Pengarah yang gaji besar pun dapat juga. Anda tarik (subsidi) daripada orang susah untuk bagi untuk bagi (bonus berjumlah) RM900 juta lebih.

"Jadi apa logiknya? Adakah semata-mata sebab kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dapat beri juga?," soal Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Katanya, pemberian 'bonus' hari raya itu juga diumumkan dalam keadaan kerajaan mengumumkan belanjawan defisit.

Tambahnya, Pulau Pinang dan Selangor mampu berbuat demikian kerana mempunyai bajet lebihan.

"Tapi (kerajaan pusat) kata bajet defisit hingga terpaksa tarik subsidi," katanya lagi.